Ucapan Syukur dan Terima Kasih
Dengan penuh syukur, kami menutup projek ini yang telah membawa berkat dan impak besar bagi anak-anak asrama di Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih kepada semua pastor, pemimpin gereja, guru, warden, ibu bapa, penyumbang, dan setiap yang mendoakan serta menyokong. Tanpa anda, projek ini tidak akan berhasil.
Perjalanan ini belum berakhir. Dengan doa, kerjasama, dan kasih Kristus, kita akan terus membawa perubahan dan menjangkau lebih ramai jiwa.






















