Dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian, ramai yang mencari jawapan bagi tujuan hidup mereka. Buku ini membantu pembaca memahami erti dan tujuan kehidupan dari perspektif Alkitab. Buku ini lengkap dengan renungan, soalan-soalan dan aktiviti yang akan membantu remaja menghayati rancangan Tuhan bagi kehidupan mereka.
Sesuai digunakan secara individu tetapi lebih efektif digunakan dalam kelompok.
Dunia sering menilai manusia berdasarkan pencapaian, penerimaan sosial dan rupa fizikal, tetapi nilai diri yang sejati datang daripada kasih Tuhan. Buku ini membantu pembaca memahami nilai diri mereka dari perspektif Alkitab melalui renungan, soalan-soalan dan aktiviti yang disediakan.
Sesuai digunakan secara individu tetapi lebih efektif digunakan dalam kelompok.
Dunia ini semakin kompleks, ramai ibu bapa bergelut untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang benar, terutama dalam aspek seksualiti, perkahwinan, pendidikan, disiplin, dan ketagihan gajet. Dengan panduan yang praktikal, prinsip Alkitabiah serta contoh kehidupan sebenar, buku ini sesuai bagi ibu bapa yang ingin membesarkan anak-anak dengan hikmat, iman dan kasih Tuhan.
Sesuai digunakan secara individu tetapi lebih efektif digunakan dalam kelompok.
Pengalaman membesarkan anak-anak adalah indah namun mencabar. Salomo memahami dua perkara ini ketika dia berkata, “Anak yang arif menyukakan hati ayahnya, tetapi anak yang bodoh adalah kedukaan ibunya” (Amsal 10:1). Buku ini membantu ibu bapa mengatasi cabaran dalam membesarkan anak-anak melalui penjelasan, renungan, dan soalan-soalan yang disediakan.
Sesuai digunakan secara individu tetapi lebih efektif digunakan dalam kelompok.