Baca Yehezkiel 33:1, 10-16
Tiada lagi dosa masa lalu mereka akan diungkit. (Yehezkiel 33:16)
Apabila perang saudara tercetus di Burundi, hidup Theo berubah sepenuhnya. Kerana dendam, dia mencuri seekor ayam daripada jirannya, Jeane, yang berasal daripada kumpulan etnik utama di kawasan itu. Namun selepas melarikan diri ke Tanzania, perbuatannya terus menghantui hatinya. Walaupun menghadapi bahaya, Theo pulang ke Burundi untuk memperbetulkan kesalahannya.
Apabila Theo bertemu Jeane, dia memohon pengampunan dan menawarkan sejumlah wang sebagai ganti rugi. Jeane terkejut lalu berkata, “Maafkan saya dan keluarga saya juga. Kami pernah mencuri kepingan besi dari bumbung rumah ayah kamu!” Theo kemudian berkata, “Saya percaya Tuhan telah merancang pertemuan indah ini supaya kita dapat saling bertaubat dan mengampuni.”
Kisah pengampunan dosa muncul berulang kali dalam seluruh Alkitab. Melalui nabi Yehezkiel, Tuhan berjanji bahawa Dia tidak akan mengungkit dosa umat-Nya jika mereka “bertaubat daripada dosanya dan menegakkan apa yang adil serta yang benar (Yehezkiel 33:14). Tuhan juga berfirman bahawa jika mereka “mengembalikan gadaian orang, membayar ganti rugi rampasannya, hidup menurut ketetapan-ketetapan yang mendatangkan kehidupan … maka dia pasti hidup dan tidak akan mati” (ayat 15).

— Amy Boucher Pye
Renungkan:
Bagaimanakah kasih pengampunan Tuhan telah menyentuh hidup anda? Apakah yang Roh Kudus sedang sedarkan atau tegur dalam hati anda hari ini?
Berdoalah:
Tuhan yang mengampuni, terima kasih kerana Engkau telah mengurniaiku hadiah yang terbesar—kasih dan pengorbanan Yesus. Pimpinlah aku agar setiap hari hidupku memancarkan kasih dan rahmat-Mu.
Bagaimanakah kasih pengampunan Tuhan telah menyentuh hidup anda?
Apakah yang Roh Kudus sedang sedarkan atau tegur dalam hati anda hari ini?
Tuhan yang mengampuni, terima kasih kerana Engkau telah mengurniaiku hadiah yang terbesar—kasih dan pengorbanan Yesus. Pimpinlah aku agar setiap hari hidupku memancarkan kasih dan rahmat-Mu.
Sebarkan Berita Baik Ini
Mainkan peranan kita sebagai saksi Kristus dan pembawa Berita Baik dalam dunia digital.