Laman Utama|  Hari 7: Khemah Yesus di Dunia

Baca: Yohanes 1:1-5, 14-18
Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. (Yohanes 1:14)


Pondok Gurkha Hut (gunung Kinabalu) hanya dapat memuatkan maksimum lima orang. Oleh itu, pendaki lain perlu membawa khemah sendiri untuk bermalam. Seorang pendaki berkongsi bahawa dia “mengorbankan” dirinya dengan tidur di dalam khemah kerana pondok tidak mencukupi. Keadaan menjadi semakin mencabar kerana khemah tersebut mengalami kebocoran menyebabkan ia dimasuki oleh air hujan. 

Ini mengingatkan kita “khemah” Yesus semasa di dunia. Rasul Yohanes menulis tentang khemah ini, “Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita” (Yohanes 1:14). Frasa “hidup dalam kalangan kita” dapat diterjemahkan sebagai Khemah Suci. Seperti kehadiran Tuhan memberkati Khemah Pertemuan—Khemah Suci (lihat Keluaran 40)—Kristus datang dan memberkati kita dengan tinggal dalam sebuah khemah berbentuk tubuh manusia. Rasul Paulus menulis tentang “khemah duniawi” tempat kita tinggal—iaitu tubuh manusia kita (2 Korintus 5:1). Dengan luar biasa, Yesus memilih untuk tinggal dalam khemah seperti ini. Inilah makna sebenar kelahiran-Nya. 

Filipi 2:5-11 menceritakan bagaimana Kristus merendahkan diri-Nya. Dia “mengetepikan martabat diri-Nya”, dan datang ke dunia dalam bentuk seorang hamba untuk mati di salib bagi menebus kita. Yesus tinggal di dalam sebuah khemah dalam bentuk manusia—suatu bukti kasih-Nya yang nyata kepada kita. – Bill Crowder

Renungkan

  • Mengapakah sukarnya untuk tinggal di dalam “khemah duniawi”
    —yakni tubuh kita?
  • Yesus juga pernah tinggal di dalam tubuh seperti kita, bagaimanakah ini dapat mendorong anda?

Berdoalah

Tuhan yang hidup, terima kasih atas kehidupan Yesus semasa di dunia
dan kehidupan yang disediakan-Nya bagiku.

Sebarkan Berita ini

Sebarkan berita baik projek ini kepada orang lain agar mereka juga tahu. Semoga hikmat firman Tuhan yang mengubah kehidupan dapat difahami dan diperolehi oleh semua orang.

Misi kami adalah menjadikan hikmat Alkitab yang mengubah kehidupan boleh difahami dan mudah didapat oleh semua orang.

Hubungi Kami