Dalam kehidupan, kadang-kadang yang paling sukar ialah berdamai dengan Tuhan
dan manusia. Paskah bukan sekadar perayaan, ia adalah jemputan untuk kembali kepada
Tuhan dan berdamai dengan sesama. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus,
kita bukan sahaja diselamatkan, tetapi dipulihkan.
“Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan
kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkan-Nya kepada kami.”
2 KORINTUS 5:19
Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap
kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah
mati untuk kita. (Roma 5:8)
Paskah adalah kisah tentang kasih yang tidak berputus asa. Ketika dosa memisahkan manusia daripada Tuhan, Yesus menjadi jambatan untuk menghubungkan semula yang terputus, menyembuhkan yang terluka, dan memulihkan yang hilang.
Sertai kami untuk merenungkan makna Paskah ini selama 7 hari.
Kadang-kadang kita perlukan satu kisah untuk percaya bahawa pendamaian itu tidak mustahil. Kami menyediakan lima kesaksian sebenar tentang pekerjaan Tuhan yang menyatukan kembali apa yang pernah terpisah.
Apabila seorang ayah mengkhianati keluarganya, pengampunan seorang anak perempuan menjadi jalan menuju pemulihan.
Sebuah kisah dari zaman kanak-kanak tentang belajar mengampuni keluarga sendiri dan bagaimana kasih Yesus membawa kebebasan.
Belajar mengampuni rakan sekerja sebagai satu proses yang berterusan, bukan sekadar keputusan sekali sahaja.
Di sebalik gosip, salah faham, luka dan kemarahan, Tuhan tetap membuka jalan untuk pengampunan, pemulihan dan kasih.
Kenangan masa kecil yang penuh kekecewaan akhirnya dipulihkan oleh kasih Tuhan yang menyembuhkan dan memulihkan hati.