Eaaster-Day3

Hari 03

Melepaskan Kepahitan

Baca Lukas 6:27-3

Berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu. (Lukas 6:28)

Elena kehilangan anak lelakinya ketika anak itu baru berusia empat puluh tahun. Kesedihan itu menjadi lebih mendalam apabila seorang “kawan” mengucapkan kata-kata kejam, “Anak kamu mati kerana hati yang jahat. Kata-kata itu lahir daripada dendam lama yang tidak ada kaitan dengan tragedi Elena. Sepuluh tahun kemudian, kepahitan itu masih menghantui Elena, membuatnya susah tidur dan mengganggu
ketenangan hatinya. Elena bertanya, “Bagaimanakah saya boleh membuang kepahitan dalam hati saya?”
Paulus menasihati kita untuk “singkirkanlah segala kepahitan” (Efesus 4:31), dan memberi panduan bagaimana melakukannya. Kita digalakkan bercakap dengan jujur kepada orang yang menyakiti kita (ayat 25), dengan harapan mereka akan berubah (ayat 32). Namun, bagi Elena, bersemuka dengan wanita itu tidak mungkin. Syukurlah, dia masih mengikut ajaran Yesus: “Berdoalah bagi mereka yang menyakiti kamu” (Lukas 6:28). Tindakan ini sangat berkesan kerana ia melepaskan kita daripada luka yang dialami, sambil memampukan kita turut serta dalam karya pemulihan Tuhan (ayat 35-36). Elena dan saya bersyukur kepada Tuhan atas pengampunan-Nya dan berdoa agar Tuhan membebaskan wanita itu daripada kemarahannya yang memusnahkan hubungan.
“Kini hati saya terasa bebas,” kata Elena. Kadang-kadang, berdamai dengan orang yang bersalah tidak mungkin atau boleh membahayakan kita. Namun, perlakuan salah mereka tidak perlu menguasai hati kita. Berdoa agar mereka diampuni dapat membantu kita melepaskan kepahitan dan turut serta dalam karya pemulihan Tuhan dalam hidup mereka.
— Sheridan Voysey

Renungkan:
Adakah sesiapa yang perlu anda ajak untuk berbual secara jujur sekarang? Mengapakah penting untuk mendoakan orang yang pernah menyinggung perasaan anda?

Berdoalah:
Yesus yang dikasihi, terima kasih kerana Engkau mengajar bahawa mendoakan mereka yang pernah menyakiti hatiku dapat melepaskan kepahitan dalam diriku.

Renungkan:

Yesus yang dikasihi, terima kasih kerana Engkau mengajar bahawa mendoakan mereka yang pernah menyakiti hatiku dapat melepaskan kepahitan dalam diriku.

Berdoalah:

Ya Bapa, terima kasih kerana Engkau mengutus Anak-Mu untuk mati di kayu salib bagi kami, supaya kami diampuni, diterima, dan dikasihi sepenuhnya oleh-Mu.

Sebarkan Berita Baik Ini

Mainkan peranan kita sebagai saksi Kristus dan pembawa Berita Baik dalam dunia digital.