Easter-Testimony#3

Saya Sukar Mengampuninya!

Oleh Carrie Ng (Singapura)

Saya pertama kali mengenali Freya melalui satu pelayanan Kristian semasa di kolej. Dia ialah ketua pasukan kami. Ramai sukarelawan menjadi rapat kerana kami melayani bersama-sama dan mempercayai kepimpinannya dalam pelayanan itu. Namun, Freya sering mengadu tentang seorang lagi pemimpin bernama Carl. Katanya, kritikan Carl melambatkan perancangan kami.
Akhirnya, Freya meninggalkan pelayanan itu dan kami mula melayani bersama dengan Carl. Lama-kelamaan, kami mendapati Carl sebenarnya seorang yang adil dan mudah didekati, tidak seperti gambaran yang diberikan oleh Freya. Sedikit demi sedikit, kami menyedari bahawa Freya telah bermain politik, mereka-reka cerita tentang Carl dan menghasut kami untuk membuat aduan terhadapnya kepada ketua program.
Saya sangat kecewa dengan “pemimpin Kristian” yang selama ini saya kagumi. Namun kerana dia sudah pergi, saya memilih untuk melupakan perkara itu dan menumpukan perhatian kepada pelayanan.

PengampunanPertama
Bertahun-tahun kemudian, Roh Kudus mengingatkan saya tentang beberapa orang yang perlu saya ampuni, termasuk Freya. Saya menyangka semuanya sudah berlalu, tetapi Tuhan tahu hati saya masih menyimpan luka yang belum dipulihkan. Apabila kenangan itu muncul kembali, rasa kecewa yang lama terpendam turut terasa semula.
Tuhan berbicara kepada saya melalui Matius 6:14–15: Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.” 
Saya sedar bahawa pengampunan tidak bergantung pada pengakuan salah atau permintaan maaf seseorangkerana Freya tidak pernah meminta maaf. Saya dipanggil untuk mengampuni kerana Tuhan telah terlebih dahulu mengampuni saya.
Apabila saya bertemu semula dengan rakan-rakan sukarelawan, saya memberitahu mereka bahawa saya telah mengampuni Freya. Ada yang terkejut, tetapi saya menjelaskan bahawa Tuhanlah yang memimpin saya untuk melakukannya. 

Kesalahan Kedua
Saya tidak menyangka ujian itu akan datang lagi. Tidak lama selepas itu, seorang rakan sukarelawan yang makan tengah hari bersama Freya memberitahu bahawa Freya telah mengadu kononnya kami, termasuk saya, membentuk kumpulan tertutup dan sengaja meminggirkan seorang gadis lain.
Walaupun sudah lapan tahun berlalu, emosi itu masih membara. Saya benar-benar kecewa dengan cara Freya memburuk-burukkan kami. Bagaimana seorang Kristian boleh bertindak sedemikian? Malah terlintas di hati saya, benarkah dia seorang Kristian? Saya cuba berdoa, tetapi kemarahan masih bergolak dalam hati. Akhirnya saya berkata kepada Tuhan, “Saya tidak mahu mengampuninya!”
Dalam pertemuan seterusnya bersama para sukarelawan, saya menceritakan apa yang berlaku. Seorang daripada mereka bertanya, “Bukankah kamu sudah mengampuninya?” Tetapi saya mempertahankan diri dengan berkata bahawa kali ini berbeza, kerana dia menyerang saya secara peribadi. 

Berapa Kali Harus Saya Mengampuni?
Namun, jauh di dalam hati, saya tidak mengalami damai sejahtera. Fikiran saya terus kembali kepada kesalahan Freya terhadap saya. Dalam pergelutan itu, Roh Kudus dengan lembut mengingatkan saya akan Matius 18:21–22, ketika Yesus berkata kepada Petrus bahawa kita harus mengampuni “Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kali tujuh kali” dan melakukannya “dengan ikhlas” (ayat 35).
Ayat-ayat ini mengajar saya bahawa setiap kali kenangan tentang kesalahan Freya membangkitkan emosi dalam hati, saya tetap mempunyai pilihan untuk mengampuni. Ini bermakna saya tidak lagi menyebarkan kesalahannya atau memelihara kemarahan dalam hati. Perasaan itu mungkin tidak hilang serta-merta, tetapi saya tidak harus membiarkannya menghalang saya daripada terus memilih untuk mengampuni.

Diubahkan Menjadi Serupa dengan KristusBaru-baru inisaya terserempak dengan Freya di satu acara dan sempat berbual dengannya. Kerana saya telah mengampuninyasaya tidak lagi menyimpan rasa benci terhadapnyaMalah saya berkata dalam hati bahawa saya sanggup membantunya jika dia memerlukan pertolonganNamunsejujurnya saya masih berhati-hati untuk bekerjasama dengannya semula.
Apabila saya merenungkan perkara ini, saya teringat kata-kata guru AlkitabGary Inrig: “Pengampunan membersihkan catatan kesalahan, tetapi tidak serta-merta memulihkan kepercayaan. Pengampunan berbeza daripada pendamaian, kerana pendamaian memerlukan proses membina semula kepercayaan.”
Sehingga hari ini, Freya masih belum mengakui kesalahannya. Namun saya tetap boleh mendoakannya, kerana dia ialah saudari seiman dan Tuhan masih bekerja dalam hidupnya. Pada masa yang sama, Tuhan juga sedang membentuk hati saya agar semakin berbelas kasihan terhadap mereka yang menyakiti saya.
Artikel ini diterbitkan oleh Faith & LifeDiterjemah dan digunakan dengan izin. 

Berita Baik Ini

Mainkan peranan kita sebagai saksi Kristus dan pembawa Berita Baik dalam dunia digital.